"1 Hati,1 Destinasi,1 Realisasi"

"1 Hati,1 Destinasi,1 Realisasi"

Destinasi RECMO 09: Kg.Felda Ijok,Selama,Perak

RECMO VIII 2009 pada kali ini akan pergi ke Kampung Felda Ijok, Selama, Perak.

Sedikit info tentang Felda Ijok:

  • Keluasan Kawasan Kampung Felda Ijok ialah 159 hektar
  • Jumlah penduduk di Kampung Felda Ijok sekarang mempunyai sebanyak 2500 orang. Sebanyak 30 orang India dari 7 buah rumah dan 18 orang Cina dari 3 buah rumah
  • Pendapatan utama ialah dari hasil ladang sawit dan getah
  • Perkerjaan sampingan ialah ternakan lembu, kambing dan ikan air tawar
  • Pekerjaan lain seperti membuat kuih tradisional, kari sos, santan kelapa, perniagaan runcit, kedai makan, bengkel motor, kimpalan, mengecat, kedai jahitan, pengangkutan lori dan kedai minyak

[diambil dari web]

Berikut adalah beberapa snapshot ketika kami melakukan lawatan ke sana.








Berikut pula adalah beberapa info tambahan mengenai felda tersebut:

  • Felda ini mempunyai perpustakaannya yg tersendiri

  • Felda ini mempunyai masjid yg dikenali sebagai Masjid As-Syukriah
  • Felda ini juga mempunyai pelbagai kemudahan lain seperti Koperasi Serbaguna Felda Ijok Bhd, sekolah menengah dan sekolah rendah, rumah anak-anak yatim dan rumah warga-warga emas.

Roadshow

TOT Pre-event

Gambar2 yg telah dan berjaya diambil semasa TOT (Training of Trainee) untuk Pre-event pada 26 Julai 2009. Hmm pre-event..rasanya tak perlu nk terangkan lg kot, semua orang tau rasanya..Enjoy gambar2 ni~


TOT bermulaa..


Kumpulan satu

Kumpulan satu lagi
Kumpulan lagi satu




Bersama hasil masing-masing

Hahh duduk2~
AnE beraksi
Owh ada soalan..

Post-mortem selepas 'telur besi' masing2 pecah
Ponco-ponco!!

'Catwalk'?

Minggu Mesra Kampus (MMK)


Anda semua dijemput datang ke booth kami di Pocket D sempena MMK (29-31 Julai 2009) untuk memeriahkan lagi suasana. (:

Helping hand.

Kepada sesiapa yg berminat untuk menyumbangkan sedikit sebanyak dan juga ingin turut berbakti kepada RECMO 09, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas anda. Sumbangan melalui akaun bank boleh dibuat di:

          Bank Name:        CIMB Bank Berhad

          Account Name:   RCSU

          Account No.:       0832-0000421-52-8

          Account Type:    Saving Account

Jika anda berminat untuk memberikan sumbangan, sila hubungi :

Mohammed Asyraf bin Muhammad Aslam,

Head of Sponsorship Department,

RC Mesra Outreach VIII 2009,

Universiti Teknologi PETRONAS.

Telefon: (017) 661 0217

Faks : (05) 3656 324

Emel : sor.recmo09@gmail.com

 

Muhammad Syawatul Eqwan B. Muhamed Sapii,

Project Director,

RC Mesra Outreach VIII 2009,

Universiti Teknologi PETRONAS.

Phone : (019) 520 6293

Fax : (05) 3656 324  

Email : sor.recmo09@gmail.com

 

Encik Irwanshah bin Saharuddin,

Advisor of RECMO VIII 2009,

Universiti Teknologi PETRONAS.

Telefon: (012) 364 5444

Emel : irwanshah@petronas.com.my

Teaser

Family Day: Day 2

P/s: Sebelum anda baca post ini, sila pastikan anda baca post Family Day: Day 1 ini dahulu dan fahami ceritanya, kerana post ini adalah sambungan dari post lepas. Sekian.


Selepas penat memerah keringat pada malam itu, masing2 tidur dengan lena sekali. Seperti biasa, FnB akan bertungkus lumus menyediakan air teh dan mengagihkan roti kepada kami buat sarapan pada pagi itu.


Setelah cukup rehat dan kenyang, Azfar (Head AnE) mengajak kami ke padang untuk sedikit aktiviti sebelum bertolak pulang ke UTP. Kami memulakan pagi kami dengan menyanyikan (sekali lagi) lagu "Jalinan" oleh UNIC.





Gembira betul mereka ni. ^____^



Selepas berpelukan dan menyanyi bersama-sama, kami bergerak masuk ke dalam kumpulan masing2. Kami akan bermain sukaneka yg diberi nama "Ulat Bulu". Setiap ahli dalam kumpulan akan mengikatkan sebelah kaki mereka dengan kaki orang di hadapan dan sebelah kaki lagi bersama kaki dengan orang di belakang.Dan kami diarahkan bergerak bersama-sama hingga ke hujung padang dan pusing kembali ke tempat asal kami.Kumpulan yg paling awal sampai ke tempat asal dikira sebagai pemenang.



Maer (HoD Ane) memberi penerangan, harus beri perhatian!




Kegembiraan sebelum bermain




Kegembiraan semasa mula bermain




Kegembiraan semasa melepasi 'turning-point'




Kegembiraan bila tahu kumpulan sendiri lebih laju dari kumpulan lain




Kegembiraan bila tahu mereka kumpulan terakhir



Selepas bergembira, kami main permainan seterusnya, iaitu "Belon Comel". Setiap kumpulan akan berbaris dalam satu garisan dan akan diberikan 15 buah biji belon berisi air. Kami dikehendaki membaling belon2 tersebut kebelakang tanpa memecahkannya. Orang terakhir perlu meletakkan belon ke tanah dan kumpulan yang paling banyak mengumpul belon yg tidak pecah dikira sebagai pemenang. 





Hah!tangkap baik2!!





Kan dah pecahh..





Isyh3









Hah masukkan semua dalam baju


Selepas penat menangkap dan bermain air, kami ke permainan seterusnya iaitu "Bowling Air". Setiap kumpulan diberikan 25 biji batu dan dikehendaki membaling dan menjatuhkan 10 pin (cawan kertas berisi air) di hujung padang. Berikut adalah sedikit gambar dari aktiviti tersebut.



Hebatnya kaum lelaki baling




Kaum perempuan pun hebat juga




Hebat ke? Berapa pin je yg jatuh? xD




Setelah aktiviti membaling, kami meneruskan dengan aktiviti memukul pula. Permainan kali ini dikenali sebagai "Konda-Kondi". (Sila Google dan taip "Konda Kondi" untuk maklumat lebih lanjut) Berikut adalah beberapa gambar yg sempat diambil ketika aktiviti berlangsung.









Selepas penat bermain konda-kondi, kami meneruskan pula dengan sesi fotografi antara department dan bergambar dihadapan pintu gerbang KRIS sebelum pulang ke UTP semula.












Begitulah perjalanan dan aktiviti yg kami lakukan pada Family Day RECMO VIII 09.  Sebarang cadangan, komen dan pengalaman yg ingin dikongsi bersama adalah amat dialu-alukan. Diharapkan semoga komen anda dapat memeriahkan lagi blog ini. Wassalam~



[Tamat. FD: Day 2]