"1 Hati,1 Destinasi,1 Realisasi"

"1 Hati,1 Destinasi,1 Realisasi"

Family Day: Day 1


Alhamdulillah FD RECMO kali ini telah berjaya disempurnakan. Walaupun ianya sederhana, namun ia sudah cukup buat kami untuk mengenali antara satu sama lain dan bergembira bersama2 selama dua hari di Kem Rekreasi Intan Suraya (KRIS) di Sg. Siput. Seramai 32 org committee RECMO telah mengikuti FD pada kali ini. Berikut adalah sedikit coretan yg ingin dikongsi bersama buat committee2 lain yg tidak berkesempatan untuk meyertai kami. Diharap dengan ini, mereka juga dapat merasai apa yg kita semua alami dan bergembira bersama.

Seawal 7.15 pg kami diarahkan berkumpul di hadapan cafe V2 untuk bergerak beramai2 (konvoi). Kami dibahagikan dan dimuatkan ke dalam 8 buah kereta. Mengikut perancangan, kami akan bertolak pd jam 8pg, namun perjalanan kami terpaksa dilewatkan selama sejam atas sebab2 tertentu.





Menunggu Afiq menempatkan kami ke kereta masing2


Tepat 10.30 pg, akhirnya kami tiba di KRIS. Seadanya kami disana, dept FnB tengah bertunkus lumus memasak nasi dan membuat air. Ternyata mereka bertolak lebih awal dr kami semua. Setibanya disana, kami diarahkan untuk masuk ke kumpulan masing2 untuk mengumpul kayu api dan memasak. Pada akhir aktiviti ini, masakan yg kami masak akan diadili bg menentukan kumpulan mana yg layak memenangi pertandingan memasak antara ahli2 RECMO ini. Antara bahan yg disediakan oleh FnB adalah sardin 2 tin dan bawang. Bahan2 lain adalah terpulang kepada kreativiti kumpulan masing2. Ada yg membawa kentang, telur, cili, tomato, tepung cucur dan sebagainya. Keadaan semasa memasak adalah begitu riuh-rendah dan gembira sekali. ^____^






Sibuk menyalakan api


Lauk tu dah berasap, jangan hangus pula ye? =)


Hebat juga dia ni..



Perhatian: nama dia AZFAR. xD




Sempat juga meraka2 ni makan durian!


Inilah hasilnya: lauk sardin dan kentang rebus


Muka2 pengadil





Akhirnya~tiba masa untuk menjamu selera!!

Selepas itu, kami akhirnya dibenarkan untuk memasang khemah di tapak masing2. 




Pada petangnya pula, ada sedikit aktiviti yg telah diaturkan oleh AnE. Kami bermain
sejenis aktiviti yg dipanggil "Bind the Heart". Yang bertujuan untuk mengukuhkan ikatan yg telah terjalin antara kami semua dan mengerti akan kepentingan antara satu sama lain. Untuk permainan pertama, kami diarahkan untuk duduk dalam kumpulan dan memperkenalkan diri masing2 sambil melilitkan benang yg diberi pada jari kami. Benang itu kemudian akan dibaling ke arah orang yg bertentangan. Aktiviti ini dinamakan "Jalinan Persahabatan".







Selepas itu, kami bermain permainan yg diberi nama "Serupa tapi tak sama". Kami diarahkan berdiri secara rawak dan akan mencari kumpulan yg disebut oleh Azfar seperti berkumpul mengikut bulan kelahiran, tahun kelahiran, warna baju yg dipakai, negeri asal dan banyak lagi. Permainan ini menguji daya ketangkasan adan kecekapan kami untuk berfikir.

Kemudian kami bermain permainan yg dipanggil "My Clan". Setiap kumpulan akan diberi satu nama haiwan dan kami dikehendaki untuk 'membuat' haiwan tersebut dengan mnggunakan surat khabar kepada model kumpulan masing2. Barang2 yg disediakan hanyalah surat khabar dan pita pelekat. Aktiviti ini adalah untuk menguji daya kekreatifan kami untuk mengenakan ciri2 pada haiwan tersebut dengan memakaikannya pada model2 kumpulan masing2.Berikut, hasil kekreatifan kami. xD

Kala jengking dan kumpulan 'penyengat'nya


Ayam jantan dan kumpulan 'rendang'nya


Siput 'jer' dan kumpulannya~"miaww.."


Ketam dan anak2nya yg berjalan senget


Selepas aktiviti2 itu selesai dijalankan, kami menyanyi pula lagu tema FD kali ini iaitu "Jalinan" oleh UNIC. Liriknya begitu menyentuh hati sesiapa saja yg mendengarnya. Kemudian kami diberi peluang untuk berehat2 sambil menikmati keindahan kem itu. Selepas menunaikan solat Asar, kami semua bersiap untuk memulakan BBQ. Kaum Hawa di dapur membuat coleslaw dan nasi goreng manakala kaum Adam pula bertungkus lumus menyalakan api dan memanggang ayam serta sosej.



Ketua chef disebelah kanan. Hebat dia ni..



Chef ni pun hebat gak..




Hmm..cam best je.. *yum yumm*





Sila2~sila jamu selera anda..macam2 ada, ayam ada, sosej ada, coleslaw ada, nasi goreng ada..


Selepas menjamu selera kami diberi masa untuk solat Isya' dan berehat2 dahulu sebelum meneruskan aktiviti yg kami tunggu2 iaitu "Night Walk". 


Sebelum bertolak kami diberi sedikit penerangan tentang hutan yg bakal kami lalui oleh Abg. Yus. Beliau adalah ketua yg akan mengetuai kumpulan kami ini. Untuk NightWalk kami digalakkan untuk memakai pakaian yg cerah, berstoking dan memakai kasut yg sesuai. Kami juga digalakkan untuk memasukkan baju ke dalam seluar (tuck-in) memandangkan hutan yg bakal kami masuki dipenuhi dgn pacat2 hutan yg dikatakan boleh 'terbang'! Hebatnya pacat di hutan! Kami juga dilarang membuat bising kerana dikhuatiri akan menakutkan haiwan2 liar dan seterusnya akan mengancam diri kami sendiri. Kami juga dinasihati supaya berhati2 semasa bercakap.


Kami berkumpul di hadapan kem dan membuat sedikit senaman untuk memanaskan badan dan membaca doa sebelum bertolak memasuki hutan. Tepat jam 11 malam kami bergerak kaluar dari kem. Kedudukan: 8 org lelaki dihadapan, 16 org perempuan di tengah dan 8 org lelaki lagi di belakang.


Dibawa menyusuri jalan2 kampung




Diberi peringatan terakhir sebelum memasuki hutan

Kami dibawa berjalan oleh Abg. Yus dan rakan2 beliau yg menjaga kami di bahagian depan, tengah dan belakang. Kami diterangkan bahawa NightWalk ini terdapat 7 peringkat, namun peringkat yg kami bakal lalui ini hanyalah peringkat yg ke-2 (untuk pelajar sekolah menengah). Ini berikutan kerana tujuan kami datang hanyalah untuk bersantai. Kami dibawa melalui kawasan perumahan di sekitar sebelum memasuki hutan. Keadaan memang gelap gelita ketika itu. Tiada bulan untuk menerangi jalan kami. Kami juga tidak dibenarkan memasang lampu picit. Kesimpulan, kami berjalan dalam gelap. T___T


Kami dibawa melalui denai2 yg kecil dan kadang2 berlumpur. Kami dibawa mendaki bukit dan menuruni lembah. Pengalaman ini memang sesuatu yg sukar untuk diperolehi. Kami juga ditunjukkan oleh Abg. Yus bekas2 yg ditinggalkan oleh gajah2 liar pada pokok (kesan gosokan/geselan badan gajah pada pokok). Ketika kami sedang mendaki bukit, Abg. Yus memberikan arahan supaya kami semua duduk dan mendiamkan diri seketika. Hal ini berikutan kerana beliau mendengar bunyi cengkerik yg lebih kuat di bahagian kiri kami berbanding di bahagian kanan (menandakan ada haiwan di bahagian kiri kami). Setelah keadaan disahkan selamat, kami mendaki lagi hingga sampai ke lembah pertemuan antara  2 bukit. Kami diarahkan berehat seketika di situ. Sementara Abg. Mat, mengetuk2 pokok yg berdekatan bertujuan untuk menghalau harimau kumbang yg berada di atas pokok2. 


Semasa berehat itu, Abg. Yus menceritakan serba sedikit tentang sejarah yg berlaku di tempat itu. Selepas berehat setengah jam, kami meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan kali ini, kami dapat melihat kubang2 (tempat babi hutan menyejukkan diri di dalam lumpur) yg baru ditinggalkan dan keadaan di persekitarannya masih basah. 


Tidak berapa lama kemudian, kami melewati nama tempat yg bernama 'Batu Besar' berikutan terdapatnya batu yg amat besar di tengah2 hutan itu. Kemudian, kami dibawa menyusuri satu denai yg agak lecak dan licin. Arus air kedengaran, menandakan bahawa kami sudah menghampiri sungai. Dan ini menandakan bahawa kami sudah dekat dengan tempat yg kami tuju, Empangan Chenderoh. Perjalanan ini sangat sukar memandangkan akar2 pokok banyak yg menjalar dan melintang di tengah2 jalan. Ada yg tersadung, terjatuh, tergelincir dan macam2 lagi. Tapi Alhamdulillah tiada yg tercedera. Tepat jam 1 pagi, akhirnya kami tiba di empangan tersebut. Subhanallah~ cantik betul empangan itu! Dengan suasana malam yg dingin dan cahaya lampu yg menerangi empangan itu sudah cukup untuk memukau sesiapa sahaja yg memandangnya!


Wajah-wajah ceria yg terserlah setelah sampai di empangan




Antara gambar-gambar Empangan Chenderoh yg berjaya diambil


Setelah berehat beberapa minit. Kami bergerak untuk pulang. Perjalanan pulang ini kurang mencabar berbanding jalan yg kami lalui untuk sampai ke Empangan Chenderoh itu. Jalannya agak landai dan kurang akar2 kayu seperti tadi. 1.15 pagi, akhirnya kami keluar dari hutan itu. Abg. Yus menyuruh kami untuk mengira bilangan ahli kami, dikhuatiri jika ada yg tertinggal atau yg terlebih. Bilangan kami kekal 32 org.

Sewaktu berjalan pulang:

Dah sampai bawah la.Sudah-sudah la tu pandang belakang.


Kamera kat depan lah.




Wajah ceria mahu pulang.


Akhirnya kami tiba di kem sekitar 1.27 pagi. Kami diarahkan berkumpul oleh Abg. Yus untuk sedikit penerangan tentang apa yg berlaku di hutan sebentar tadi dan mengapa. Ada yg berjumpa dengan ular, terpegang kulit ular, tercium bau2 yg harum serta ternampak kubur2 buruh pembinaan yg terkorban sewaktu membuat Empangan Chenderoh itu sewaktu kami di dalam hutan. Kami juga membuat sedikit senaman untuk menyejukkan badan. Ada juga diantara kami yg digigit oleh pacat. Walaupun penat dan letih, namun pengalaman ini cukup berharga serta jarang dan sukar untuk diperolehi.


Selepas itu kami dibenarkan untuk masuk tidur berikutan malam yg sudah lewat. Ada juga yg mandi akibat tidak tahan dengan lumpur dan peluh akibat berusaha keras dalam hutan sebentar tadi. Kami juga diarahkan bergilir2 berjaga untuk menjaga 'sentri'. 


Nampaknya sekian sahaja post untuk kali ini. Post akan datang akan menceritakan apa yg kami lakukan untuk FD pada hari yg ke-2.Wassalam~




[Tamat. FD: Day 1]
2 Responses
  1. RECMO 2009 Says:

    Pengalaman yg anda ingin kongsi bersama adalah amat dialu-alukan


  2. memang menarik FD recmo ni. Mencabar dan sgt brbangga dpt kenal komiti2 yg lain secara lebih dekat.

    gurau2 time FD jgn dimkn hati
    gurau tu memesrakan kita haha