"1 Hati,1 Destinasi,1 Realisasi"

"1 Hati,1 Destinasi,1 Realisasi"

Family Day: Day 2

P/s: Sebelum anda baca post ini, sila pastikan anda baca post Family Day: Day 1 ini dahulu dan fahami ceritanya, kerana post ini adalah sambungan dari post lepas. Sekian.


Selepas penat memerah keringat pada malam itu, masing2 tidur dengan lena sekali. Seperti biasa, FnB akan bertungkus lumus menyediakan air teh dan mengagihkan roti kepada kami buat sarapan pada pagi itu.


Setelah cukup rehat dan kenyang, Azfar (Head AnE) mengajak kami ke padang untuk sedikit aktiviti sebelum bertolak pulang ke UTP. Kami memulakan pagi kami dengan menyanyikan (sekali lagi) lagu "Jalinan" oleh UNIC.





Gembira betul mereka ni. ^____^



Selepas berpelukan dan menyanyi bersama-sama, kami bergerak masuk ke dalam kumpulan masing2. Kami akan bermain sukaneka yg diberi nama "Ulat Bulu". Setiap ahli dalam kumpulan akan mengikatkan sebelah kaki mereka dengan kaki orang di hadapan dan sebelah kaki lagi bersama kaki dengan orang di belakang.Dan kami diarahkan bergerak bersama-sama hingga ke hujung padang dan pusing kembali ke tempat asal kami.Kumpulan yg paling awal sampai ke tempat asal dikira sebagai pemenang.



Maer (HoD Ane) memberi penerangan, harus beri perhatian!




Kegembiraan sebelum bermain




Kegembiraan semasa mula bermain




Kegembiraan semasa melepasi 'turning-point'




Kegembiraan bila tahu kumpulan sendiri lebih laju dari kumpulan lain




Kegembiraan bila tahu mereka kumpulan terakhir



Selepas bergembira, kami main permainan seterusnya, iaitu "Belon Comel". Setiap kumpulan akan berbaris dalam satu garisan dan akan diberikan 15 buah biji belon berisi air. Kami dikehendaki membaling belon2 tersebut kebelakang tanpa memecahkannya. Orang terakhir perlu meletakkan belon ke tanah dan kumpulan yang paling banyak mengumpul belon yg tidak pecah dikira sebagai pemenang. 





Hah!tangkap baik2!!





Kan dah pecahh..





Isyh3









Hah masukkan semua dalam baju


Selepas penat menangkap dan bermain air, kami ke permainan seterusnya iaitu "Bowling Air". Setiap kumpulan diberikan 25 biji batu dan dikehendaki membaling dan menjatuhkan 10 pin (cawan kertas berisi air) di hujung padang. Berikut adalah sedikit gambar dari aktiviti tersebut.



Hebatnya kaum lelaki baling




Kaum perempuan pun hebat juga




Hebat ke? Berapa pin je yg jatuh? xD




Setelah aktiviti membaling, kami meneruskan dengan aktiviti memukul pula. Permainan kali ini dikenali sebagai "Konda-Kondi". (Sila Google dan taip "Konda Kondi" untuk maklumat lebih lanjut) Berikut adalah beberapa gambar yg sempat diambil ketika aktiviti berlangsung.









Selepas penat bermain konda-kondi, kami meneruskan pula dengan sesi fotografi antara department dan bergambar dihadapan pintu gerbang KRIS sebelum pulang ke UTP semula.












Begitulah perjalanan dan aktiviti yg kami lakukan pada Family Day RECMO VIII 09.  Sebarang cadangan, komen dan pengalaman yg ingin dikongsi bersama adalah amat dialu-alukan. Diharapkan semoga komen anda dapat memeriahkan lagi blog ini. Wassalam~



[Tamat. FD: Day 2]
1 Response
  1. semoga bonding recmo 09 tros kekal bila time preevent/event/after event bila2 lah~